Sahabat follower

Jumaat, 6 Februari 2026

JANGAN TERHENTI









Sunyi malam aku sujud diam. 

Airmata jatuh atas sejadah hitam. 

Luka hati tapi aku faham. 

Setiap sakit ini, ada tangan tuhan. 


Jangan terhenti walau jiwa lelah di sini. 

Mulutku bergetar jangan berhenti wahai hati. 

Pegang harapan walau tangan ini mengigil lagi. 

Ku ingat satu doa,

"Hasbi Allah wa nikmal wakil"


Jalan berliku aku rasa penat.

Langkah terkunci dalam gelap sunyi.

 Namun di dada namamu tak pernah padam.

 Bisik perlahan engkau paling dekat.


Bila nafas pendek,

dan kata-kata hilang aku hanya sebut,

"ya Rabbi, ya Rahman"

Dari runtuh ini,

 kau ajar aku bangun.

 Setiap jatuh lebih dekat denganMu.



Selasa, 3 Februari 2026

Nikmat Allah yang mana lagi engkau dustakan ?

Bismillah.....

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi, kerana atas limpah kurnianya aku bernafas pada pagi ini.

Masih dapat melihat segala nikmat dariNya. Aku bangun pagi dengan keadaan sihat. Aku bangun melihat anak-anak di sisi. Aku dapat solat subuh. Aku dapat mengurus anak-anak ke sekolah. 

Masyallah Tabarakallah. Nikmat Allah yang mana lagi engkau dustakan. Semoga aku terus semangat dan istiqomah  dengan azam kali ini. 




Ucapkan Alhamdulillāh

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Daripada 'Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW apabila melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda mengucapkan “Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus solihat” (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala kebaikan). Apabila Baginda melihat sesuatu yang Baginda tidak sukai, Baginda akan mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal“ (segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan)” (HR Ibn Majah No: 3803)  Status: Hadis Hasan


Ahad, 16 November 2025

Dunia hanya sementara 

Bukan semua orang akan memahami perjalananmu. 

Tidak mengapa. 

Tidak usah membuang waktu dan tenaga untuk membuktikan kepada mereka yang sememangnya tidak ingin melihat kebaikanmu. 

Hanya gunakan tenaga itu untuk menjadi versi dirimu yang terbaik di sisi Allah.

Prosesnya mungkin perlahan. 

Asal saja istiqomah. 

Biar langkah kecil, asal menuju kebaikan. 

Dunia ini sementara dan kita masing-masing sedang berjalan pulang.

Oleh itu perbaiki diri, perbaiki hidup, perbaiki solat dan perbaiki hubungan dengan Allah dan manusia.


Jumaat, 14 November 2025

Diary Kembalinya menulis

 Hari ini, selepas sekian lama, saya duduk di hadapan skrin ini dan cuba untuk menulis semula. 

Ada sesuatu yang berat di dada. 

Terasa seperti langkah pertama yang agak ragu. Namun, saya tahu inilah yang perlu dilakukan, untuk kembali kepada diri yang dulu  yang suka menulis. 


Saya mula merindui rasa pena yang mengalir di atas kertas dan mendengar suara hati yang dicurahkan melalui tulisan.

Beberapa tahun terakhir ini, hidup saya penuh dengan perubahan yang tak disangka-sangka. Ada yang manis, ada yang pahit. 

Saya berubah, tetapi kadang-kadang saya terfikir, apakah perubahan itu membuat saya lebih baik? Mungkin saya perlu menulis untuk mencari jawapan kepada persoalan ini, untuk melihat betapa jauh saya sudah melangkah

Isnin, 2 September 2019

Hidup ini adalah ujian

Cuti panjang masing-masing sudah berakhir. Semua kembali ke tempat asal dengan urusan masing-masing.

Kali ini, cuti bersama-sama sangat memberi banyak pengalaman. Alhamdulillah, macam-macam yang kita lalui. Pengalaman tersebut adalah pengajaran yang berharga. Tidak semuanya manis, tidak semuanya pahit.Itulah kehidupan.

Hidup ini adalah ujian, namun kita punya pilihan bagaimana kita menghadapinya. Jika sesuatu yang kita lakukan tidak betul, ubahlah caranya. Hidup adalah pelajaran yang mengajar kita untuk menjadi lebih baik.

Seperti selalu saya pesan pada diri sendiri, kita ada pilihan, sama ada mahu menjalani hidup ini dengan penuh kesyukuran, atau dengan keluhan. Hasilnya bergantung pada apa yang kita fokuskan.

Namun apa pun hasilnya, cukup sekadar mengakui, menerima, menjalani, dan menyerahkan segalanya kepada yang Maha Mengizinkan.  Nikmatilah setiap hari yang kita lalui.

Jika ada rasa yang tidak menyenangkan, akuilah terlebih dahulu emosi tersebut. Jangan ditolak, jangan dinafikan. Setelah itu alirkan semula bersama emosi. kembalikan segala rasa itu kepada Allah SWT.




JANGAN TERHENTI

Sunyi malam aku sujud diam.  Airmata jatuh atas sejadah hitam.  Luka hati tapi aku faham.  Setiap sakit ini, ada tangan tuhan.  Jangan terhe...