Sahabat follower

Selasa, 3 Februari 2026

Nikmat Allah yang mana lagi engkau dustakan ?

Bismillah.....

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi, kerana atas limpah kurnianya aku bernafas pada pagi ini.

Masih dapat melihat segala nikmat dariNya. Aku bangun pagi dengan keadaan sihat. Aku bangun melihat anak-anak di sisi. Aku dapat solat subuh. Aku dapat mengurus anak-anak ke sekolah. 

Masyallah Tabarakallah. Nikmat Allah yang mana lagi engkau dustakan. Semoga aku terus semangat dan istiqomah  dengan azam kali ini. 




Ucapkan Alhamdulillāh

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Daripada 'Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW apabila melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda mengucapkan “Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus solihat” (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala kebaikan). Apabila Baginda melihat sesuatu yang Baginda tidak sukai, Baginda akan mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal“ (segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan)” (HR Ibn Majah No: 3803)  Status: Hadis Hasan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN TERHENTI

Sunyi malam aku sujud diam.  Airmata jatuh atas sejadah hitam.  Luka hati tapi aku faham.  Setiap sakit ini, ada tangan tuhan.  Jangan terhe...